About it
About me
Home

About IT

Teknologi Maklumat atau IT(Information Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Pada zaman era permodenan ini, bidang IT telah digunakan secara meluas tidak kira dikalangan kanak2 , pelajar, remaja , orang dewasa dan sebagainya. Justeru itu, IT juga telah banyak digunakan dalam perbagai bidang seperti perniagaan , pekerjaan awan, perubatan dan sebagainya. 

Ini kerana, penggunaan komputer dan perisian yang terdapat di dalam komputer ini dapat membantu atau memudahkan kerja seseorang untuk menyimpan, melindungi, memproses ,dan mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah tanpa mengira waktu.

Teknologi Maklumat boleh dipecahkan kepada komponen atau beberapa bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu, terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat, tatacara, manusia) , rangkaian komunikasi dan "know-how" . Ia boleh digambarkan seperti berikut: 

Perkakasan(Hardware) Komputer :
  • Unit Pemproses pusat(CPU)
  • ingatan(RAM)
  • cakera keras(Hard Disk)
  • Papan Kekunci(Keyboard)
  • Tetikus(Mouse)
Perisian:

*Perisian Sistem.
  -Sistem Operasi(Windows, Linux)

*Perisian Aplikasi.
 - MS Office(Word,Excel,PowerPoint)




No comments: