About it
About me
Home

Thursday, 2 January 2014

KES 3 : APPLE MENANG KES SAMAN PATEN TERHADAP SAMSUNG


Di atas adalah salah satu kes yang pernah berlaku pada tahun 2012 yang mana melibatkan 2 syarikat elektronik yang terkenal iaitu APPLE dan SAMSUNG.  Kes ini bermula apabila syarikat Apple telah mendakwa Samsung bahawa mereka telah menciplak paten keluaran dari Apple dengan adanya keluaran hpone terbaru samsung iaitu galaxy S, yang mana pihak Apple mendakwa bahawa paten yang dikeluarkan oleh samsung itu seakan produk keluarannya iaitu iPhone. 
Namun selepas setahun pertikaian dimahkamah membabitkan samsung dan apple, seorang juri di Amerika Syarikat memutuskan bahawa pengeluaran telefon pintar dari korea selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone. 

Oleh itu, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa syarikat samsung perlu membayar ganti rugi sebanyak 3 bilion kepada syarikat Apple.

Lain pula kesnya di Korea Selatan apabila mahkamah memutuskan kedua-dua syarikat Apple dan Samsung bersalah menggunakan paten lawan masing-masing dan mengenakan pengharaman terhadap sebahagian produk dua syarikat berkenaan.  
Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengarahkan Apple menarik balik iPhone 3GS, iPhone 4, iPad 1 dan iPad 2 daripada kedai di Korea Selatan manakala produk Samsung yang diharamkan ialah GalaxyS2. 
Produk iPhone 4S dan Galaxy S3 boleh terus dijual. Samsung pula diarah membayar kira-kira RM66,000 kepada lawannya manakala Apple diarah membayar pesaingnya, kira-kira RM109,353. 
Pengeluar produk elektronik seharusnya melindungi hasil ciptaan itu dengan mempatenkannya kerana ada peruntukan undang-undang mengenainya.
Bahkan, paten hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu reka cipta sama ada suatu produk ataupun proses menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. 
Disifatkan sebagai ‘harta intelek’, ia dapat ditafsirkan sebagai hasil ciptaan minda sama ada dalam bentuk reka cipta dan reka bentuk yang digunakan dalam perdagangan serta ciptaan mahupun teknologi dan dilindungi undang-undang. 

Sumber : Kosmo.com dan Harian Metro 

No comments: