About it
About me
Home

Wednesday, 1 January 2014

KES 1 :Viacom International Inc. vs. YouTube, Inc.

Untuk pengetahuan semua viacom adalah satu syarikat media Amerika Syarikat dengan jaringan televisyen berkabel dan televisyen satelit yang terdapat di seluruh dunia (MTV Networks dan BET). Selain itu, ia juga merupakan syarikat penerbitan dan pembikinan filem yang diketuai oleh Summer Redstone.

Antara produk penerbitan yang pernah dihasilkan oleh syarikat ini adalah seperti MTV Films, Nickelodean Movies, Nick Jr, dan banyak lagi ( Boleh lihat disini ). 



Terdapat satu kes yang berlaku pada awal tahun 2007, Viacom telah menyedari bahawa ramai peminat Spongebob di seluruh dunia telah memuat naik beberapa episod dan siri video kartun terkenal tersebut melalui Youtube. Oleh itu, Viacom telah memfailkan saman sebanyak 1 bilion dollor terhadap google dan youtube kerana mereka mendakwa bahawa pihak youtube telah melanggar hak cipta mereka dengan membenarkan pengguna memuat naik dan melihat bahan hak cipta yang dimiliki oleh Viacom. 

Setelah diteliti kes ini , mahkamah telah memutuskan bahawa sekiranya pihak Youtube gagal mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan daripada karya tersebut disebarkan, barulah Youtube ini akan turut bertangungan terhadap pelanggaran Hakcipta Viacom.

No comments: