About it
About me
Home

Saturday, 4 January 2014

KES 4 : KES/ ISU CETAK ROMPAK FILEM KL GENGSTER 2




Isu cetak rompak bukanlah isu baru di dalam dunia perfileman , walaupun sudah pelbagai cara yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk membanteras isu ini namun mereka tetap melakukannya. Malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjual hasil karya orang lain dengan hanya serendah RM5. 

Ini turut berlaku pada Syamsul Yusuf ,pengarah terkenal filem KL Gangster . Seperti yang kita sedia maklum filem terbarunya "KL GANGSTER 2" telah pun tersebar di serata internet sebelum tarikh penayangannya pada 3 Oktober yang lalu di pawagam. 

Bermula dengan penyebaran di internet, filem yang menelan kos kira-kira RM 4.5 juta itu telah di jual di kedai-kedai dan di pasar malam dengan harga RM5. 


Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul telah memberi amaran keras terhadap pihak yang telah membocorkan filem tersebut ke seluruh internet sebelum filem tersebut di tayangkan.

Penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusuf Haslam yakin yang mereka di sebalik penyebaran filem KL Gengster 2 ini mempunyai kaitan dan mereka telah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sepatutunya.

"Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini, " kata Yusuf Haslam.

SUMBER MAKLUMAT : Sinar Harian dan rotikaya.com

No comments: