Dituduh miliki 6,500 VCD,DVD karaoke di kediaman
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan didenda sebanyak RM 13
juta oleh Mahkamah Seksyen Putrajaya di sini, pada 23 Disember lalu selepas
didapati bersalah memiliki 6,500 video cakera padat(VCD) dan cakera video
digital(DVD) karaoke cetak rompak yang mana ia membabitkan koleksi lagu artis
popular tempatan dan antarabangsa, pada 23 Disember lalu.
sekali gus
menjadi jumlah denda tertinggi pernah dikenakan ke atas pesalah cetak rompak
sejak Akta Hak Cipta diluluskan Parlimen, seterusnya dikuatkuasakan 23 tahun
lalu.
Ahli perniagaan, Tee Min Hock, 35, turut berdepan hukuman dua tahun penjara
jika gagal membayar denda berkenaan selepas disabitkan kesalahan itu mengikut
Seksyen 41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987.
Mengikut keterangan fakta kes, VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu ditemui
disembunyikan di rumah ahli perniagaan terbabit dalam serbuan dilakukan
Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan
Koperasi (KPDNKK) pada 27 September 2007.
Difahamkan, serbuan dilakukan berdasarkan laporan yang dibuat oleh Persatuan
Industri Rakaman Malaysia (RIM), dengan VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu
dipercayai mahu digunakan untuk tujuan komersial.
Timbalan Ketua Pengarah KPDNKK, Iskandar Halim Sulaiman, berkata tindakan itu
adalah pengajaran terbaik kepada semua pihak yang tidak menghormati hak cipta,
selain cuba mengaut keuntungan dari kegiatan cetak rompak.
“Walaupun sudah banyak kali kerajaan mengeluarkan amaran berhubung kegiatan
haram ini, masih ada pihak tidak mengendahkannya dan cuba mengambil kesempatan.
“Hukuman dikenakan ke atas ahli perniagaan terbabit dianggap setimpal dengan
kesalahan pelanggaran hak cipta dilakukannya, sekali gus menjadi pengajaran
kepada mereka yang masih berdegil dan tidak menghormati undang-undang,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Anti Cetak Rompak (APAC),
berkata mahkamah memandang serius kegiatan pelanggaran hak cipta oleh ahli
perniagaan terbabit dengan menetapkan denda minimum RM2,000 bagi setiap salinan
lagu.
“Mengikut Akta Hak Cipta 1987, denda maksimum yang dibenarkan boleh mencecah
RM20,000 bagi setiap lagu dan penjara lima tahun jika disabitkan kesalahan.
“Kita akan bekerjasama dengan RIM dan organisasi lain yang berkaitan dalam
usaha memerangi kegiatan cetak rompak ini melalui tindakan serbuan dan
pemeriksaan lebih kerap,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Tan Ngiap Foo, berkata usaha perlu
diteruskan bagi membersihkan negara daripada menjadi sarang cetak rompak.
“Sejak 2001, kerajaan mengharamkan penjualan cakera optik, terutama VCD dan DVD
di pasar malam di seluruh negara, namun usaha itu tidak menampakkan kesannya.
“Ia dikesan semakin berleluasa di Kuala Lumpur, dengan setiap pasar malam
dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 30 gerai menjual karya muzik dan filem
cetak rompak. Walaupun sudah banyak kali perkara ini diadukan kepada Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiada tindakan diambil,” katanya.
Keratan akhbar lain berkaitan isu cetak rompak..
Zaman sekarang cetak rompak memang meluas di serata tempat tidak kira di kawasan kampung mahupun bandar. Ini kerana wujudnya laman web yang telah memuat naik filem yang baru dikeluarkan di pawagam. Ada sesetengah laman web yang membolehkan kita memuat turun(download) video tersebut dan di cetak ke dalam VCD dan DVD.