About it
About me
Home

Monday, 30 December 2013

Apa Itu Hakcipta ??

Apa itu hakcipta atau copyright , mungkin kita biasa mendengar perkataan ini .Namun adakah anda tau apakah yang dinamakan hak cipta ini. Baiklah untuk entry pertama ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan HAKCIPTA.

Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka.Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Antara karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta adalah: 
i. Karya sastera 
ii. Karya muzik 
iii. Karya seni 
iv. Filem 
v. Rakaman bunyi 
vi. Siaran 
vii. Karya terbitan 
Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. 
Walaupun begitu, peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati. 

Simbol bagi Hakcipta

Simbol © adalah simbol khas bagi hakcipta atau lebih dikenali sebagai copyright. Pengunanaan simbol © boleh digunakan walaupun karya tersebut tidak dapat dibuktikan dengan sijil hak cipta, kerana perlindungan hak cipta bersifat automatik (automathic right). Komponen penting dalam hak cipta khususnya lukisan / logo, iaitu:
1. Pencipta (sebagai pemegang hak moral)
2. Pemegang Hak Cipta
3. objek Ciptaan
4. Bila-bila dan di mana ciptaan itu dibuat / diumumkan